Sukar Hamil? Baca 5 Soalan Yang Sering Ditanya Mengenai Rawatan Kesuburan

Masalah kesuburan adalah masalah kesukaran untuk hamil selepas 6 bulan hingga 1 tahun melakukan hubungan intim secara kerap. 1 daripada 7 pasangan berkahwin menghadapi masalah ini. Wanita yang mampu hamil tetapi gagal untuk terus hamil juga menghadapi masalah ini.

Secara umumnya proses untuk hamil adalah seperti berikut:

– Badan wanita perlu membebaskan telur dari ovarinya (proses ovulasi)
– Telur-telur tersebut perlu melalui tiub fallopio ke arah uterus (rahim)
– Sperma lelaki perlu bersatu bersama telur tersebut untuk proses pensenyawaan.
– Telur yang telah disenyawakan tersebut perlu melekat di dalam rahim.

Masalah kehamilan boleh berlaku jika terdapat masalah yang menghalang proses-proses di atas ini. Ia akan mengakibatkan seseorang wanita sukar untuk hamil walau lama mencuba. Namun begitu, masalah kesuburan ini boleh dirawati dengan rawatan-rawatan kesuburan hospital dan ubat-ubatan semulajadi seperti Femingra.

Berikut antara 5 soalan yang sering ditanya mengenai rawatan kesuburan ini:

#1 – Berapa lama perlu berusaha untuk hamil sebelum merujuk para doktor pakar?

Ramai pakar mencadangkan sekurang-kurangnya tempoh satu tahun bagi wanita berusia 35 tahun ke bawah dan tempoh 6 bulan untuk wanita yang berusia 35 tahun ke atas. Ini kerana peluang wanita untuk hamil semakin rendah selepas berusia 30 tahun.

Sesetengah masalah kesihatan juga mampu meningkatkan risiko kemandulan. Anda dinasihatkan berjumpa doktor sekiranya anda mengalami simptom berikut:

– Endometriosis
– Masalah kitaran haid tidak teratur atau masalah haid tidak datang.
– Kesakitan teruk ketika haid
– Alami keguguran lebih dari sekali
– Alami keradangan pada pelvik

Sangat penting untuk para wanita merujuk doktor pakar bagi berbincang mengenai masalah kesuburan ini. Bukan sahaja dapat merawat dan memberikan tips kesuburan, doktor juga mampu membantu memastikan badan anda bersedia untuk hamil dan menerima zuriat yang sihat.

 

#2 – Apakah proses yang para doktor lakukan untuk mengenalpasti masalah kesuburan ini?

Doktor akan mula menyiasat masalah kesuburan pesakit berdasarkan kepada keputusan ujian pesakit dan pasangannya. Antara ujian yang dilakukan termasuklah:

– Pemeriksaan fizikal – termasuk rekod perubatan lampau pesakit.
– Ujian darah – untuk periksa kehadiran hormon-hormon ovulasi.
– Laparoscopy – prosedur memasukkan instrumen kecil di perut untuk memeriksa organ-organ pembiakan.
– Imbasan Ultrasound – untuk periksa kehadiran fibroid.

Air mani pasangan pesakit juga turut di analisis untuk memeriksa tahap kesuburannya. Ujian-ujian ini agak mengambil masa jadi usah risau jika masalah tidak dapat dikenalpasti dengan segera.

 

#3 – Bagaimana caranya doktor merawat masalah kesuburan ini?

Masalah kesuburan ini boleh dirawat melalui ubat-ubatan, pembedahan, inseminasi artificial ataupun teknologi bantuan pembiakan. Kaedah-kaedah rawatan ini seringkali digunakan bersama. Namun begitu kebanyakan kes kesuburan boleh dirawat dengan hanya ubatan atau pembedahan.

Doktor akan mengesyorkan kepada pesakit rawatan khusus berdasarkan kepada:

– Keputusan ujian
– Tempoh masa pasangan tersebut cuba untuk hamil
– Usia lelaki dan wanita
– Tahap kesihatan pasangan
– Berdasarkan kepada keutamaan pasangan tersebut

Bagi wanita, kebanyakan masalah fizikal boleh diatasi dengan pembedahan. Banyak ubat kesuburan telah dihasilkan untuk para wanita bagi merawat masalah ovulasi. Anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang kebaikan dan keburuan ubat-ubatan tersebut.

 

#4 – Apakah jenis ubat yang digunakan untuk merawat kesuburan wanita?

Kebanyakan ubat-ubatan yang digunakan untuk atasi masalah kesuburan wanita termasuk:

– Clomiphene citrate (Clomid): Ubat ini merangsang ovulasi dengan bertindak pada kelenjar pituitari. Ia sering digunakan terhadap wanita yang mempunyai sindrom ovari polikistik (PCOS) atau masalah lain yang berkaitan dengan ovulasi. Ianya adalah ubat makan.

– Human menopausal gonadotropin atau hMG (Repronex, Pergonal): Ubat ini sering digunakan terhadap wanita yang tidak mampu mengovulasi kerana hadapi masalah berkaitan kelenjar pituitari mereka. HMG bertindak secara langsung pada ovari untuk merangsang ovulasi. Ia adalah ubat yang disuntik.

– Follicle-stimulating hormone atau FSH (Gonal-F, Follistim): FSH berfungsi seperti hMG. Ia merangsang ovari untuk memulakan proses ovulasi. Ubat-ubatan jenis ini biasanya disuntik.

– Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) : Ubatan ini sering digunakan bagi wanita yang tidak mampu mengovulasi secara teratur setiap bulan. Wanita yang mengalami ovulasi sebelum telur matang juga boleh menggunakan ubat-ubatan ini. Tindakan analog Gn-RH pada kelenjar pituitari berubah apabila badan mengovulasi. Ubat-ubatan ini biasanya disuntik atau diberikan dengan semburan hidung.

– Metformin (Glucophage): Ubat ini digunakan bagi wanita yang mempunyai ketahanan insulin dan/atau PCOS. Ubat ini membantu menurunkan tahap hormon lelaki yang tinggi pada wanita dalam situasi ini. Ini membantu badan mengovulasi. Kadang-kadang clomiphene sitrat atau FSH digabungkan dengan metformin. Ubat ini biasanya diambil melalui mulut.

– Bromocriptine (Parlodel): Ubat ini digunakan bagi wanita yang mempunyai masalah ovulasi akibat kadar prolaktin yang tinggi. Prolaktin adalah hormon yang menyebabkan pengeluaran susu.

 

#5 – Apakah rawatan terbaik pihak doktor untuk mengatasi masalah kesuburan ini?

Pilihan rawatan (teknologi bantuan pembiakan atau ART) bagi masalah kesuburan wanita ini bergantung kepada faktor-faktor penyebabnya. 3 kaedah rawatan yang digunakan ialah:

a) Pembedahan

Masalah kesuburan mungkin disebabkan oleh kegagalan organ-organ pembiakan. Antara masalah yang boleh di atasi melalui pembedahan ini termasuklah:

– Fibroid – Tumor yang tumbuh dalam rahim
– Polip – Pertambahan lapisan rahim (endometrium) yang berlebihan
– Endometriosis – Pertumbuhan tisu endometrium di luar rahim, yang mampu menghalang tiub fallopio
– Salpingtis – Keradangan dan parut dalam tiub fallopio akibat jangkitan bakteria
– Rahim yang tidak normal – Seperti masalah septum uterus
– Cyst Ovari – Yang boleh dikeringkan atau dikeluarkan

Hari ini, kebanyakan pembedahan ini dilakukan menggunakan laparoskop (melalui dalam perut) atau histeroskop (melalui serviks dan menuju ke dalam rahim). Untuk beberapa kes, pembedahan perut secara terbuka mungkin juga akan dilakukan.

 

b) Induksi Pengovulasian

Haid yang tidak tetap dan tidak datang mungkin menunjukkan bahawa ovulasi juga mungkin berlaku secara tidak teratur dan ada masanya ia tidak berlaku. Masalah ovulasi ini boleh diatasi dengan menggunakan pelbagai ubatan atau tablet serta suntikan. Ubat seperti clomiphene citrate (Clomid, Serophene) dapat meningkatkan pembebasan hormon dari otak yang merangsang proses ovulasi.

Bentuk suntikan sintetik gonadotropi mampu membantu kelenjar pituitari otak mengeluarkan hormon yang mendorong ovari melepaskan telur serta merangsang proses ovulasi. Namun begitu permantauan diperlukan kerana jika diambil secara berlebihan ia akan menyebabkan sindrom hipertimulasi ovari (OHSS) yang mengundang edema, sakit dan kembung perut. Ujian darah yang kerap diperlukan untuk mengimbangi dos dan meminimumkan risiko OHSS serta kehamilan berganda.

 

c) Persenyawaan in-vitro (IVF)

Persenyawaan in-vitro (IVF) adalah konsep pembiakan di luar tubuh manusia. Wanita mengalami rangsangan ovari menggunakan agen hormon dan pada masa yang tepat, telur-telur dikumpulkan. Ini dilakukan melalui vagina di bawah cahaya dan kawalan ultrasound.

Telur yang dikumpulkan bercampur dengan sperma yang telah dikumpulkan dari pasangan wanita atau penderma, atau mereka juga boleh disuntik dengan sperma tunggal (ICSI). Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam inkubator khas dan mampu berkembang menjadi embrio. Embrio dipindahkan ke rahim wanita menggunakan tiub nipis yang dimasukkan melalui serviks menggunakan ultrasound.

Kos rawatan kesuburan bergantung kepada jenis rawatan. Sebagai contoh kos rawatan IVF di Malaysia bermula RM7000 ke atas. Kos ini termasuk kos perubatan, kos makmal, kos pembekuan embrio, kos doktor, kos jururawat, operasi dan bilik pemulihan.

 

Jadi jika anda benar-benar mahu kembali subur dan peluang untuk anda hamil lebih tinggi, serta anda mempunyai kewangan yang cukup, rawatan kehamilan ini pastinya solusi terbaik untuk anda. Tetapi jika anda mencari alternatif lain yang lebih jimat, anda boleh cuba untuk mendapatkan supplement berasaskan herba-herba semulajadi seperti Femingra untuk merawat masalah anda dengan lebih berkesan tanpa melalui sebarang rawatan ataupun pembedahan.

 

Ingin hamil secara semulajadi tanpa rawatan mahal? Dapatkan Femingra hari ini juga!

  • Femingra™ x 1 Kotak – Percuma Poslaju

    RM169.00 RM150.00 -11%
  • Femingra™ x 2 Kotak – Percuma Poslaju

    RM338.00 RM290.00 -14%
  • Femingra™ x 3 Kotak – Percuma Poslaju

    RM507.00 RM400.00 -21%

 

2 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *