Perihal Max Well Health

Rangkaian produk Max Well Health dirumus khas secara saintifik menggunakan ramuan herba dan bahan organik terpilih; bertujuan membantu mengembalikan kebahagiaan dan kesempurnaan setiap wanita.

“Mengembalikan Kebahagiaan & Kesempurnaan Setiap Wanita”

Menjalani kehidupan yang sempurna sebagai seorang ibu dan isteri merupakan impian setiap wanita di dunia. Namun pada zaman serba moden yang dipenuhi kesibukan ini, masalah kesihatan serta kesuburan wanita mampu merencatkan segalanya.

Misi kami adalah untuk membantu para wanita mengekalkan kesihatan, meningkatkan kesuburan seterusnya meningkatkan peratus kehamilan dengan cara lebih berkesan tanpa perlu berbelanja besar membuat rawatan mahal.

Setiap produk yang kami hasilkan menggunakan 100% formulasi bahan semulajadi yang selamat, halal dan tidak memberikan sebarang kesan sampingan. Ia telah diuji di makmal dan terbukti berkesan sebelum dipasarkan.

Teknologi Micro Pine Pollen

Pine Pollen atau dikenali juga sebagai Debunga Pain mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya, seperti Vitamin A B-Karotena, B1, B2, B3, B6, Asid Folik, Vitamin D, dan E. Ia juga mengandungi pelbagai mineral termasuk Kalsium, Tembaga, Besi, Mangan, Magnesium, Molybdenum, Fosforus, Potasium, Selenium, Silicon, Sodium, dan Zink.

Debunga Pain yang digunakan sebagai bahan aktif dalam produk kami seperti Femingra™ diekstrak dari tumbuhan Pain berkualiti tinggi dan kemudiannya disebatikan dengan bahan organik lain dengan menggunakan Micro Pine Pollen Technology di fasiliti canggih kami.

Pesanan Pengasas

Pelanggan yang dihormati,

Femingra direka khas berdasarkan kajian yang intensif dan mendalam tentang masalah kesuburan yang meningkat setiap tahun di Malaysia. Kerja keras kami telah menghasilkan Femingra; iaitu produk yang berkualiti tinggi dan berkesan untuk membantu wanita mencapai impian mereka mendapatkan zuriat dengan izinNya. Kami amat berbangga dengan kesan Femingra dan amat mengesyorkan anda mencubanya sebagai salah satu ikhtiar kehamilan.

CEO, Max Well Health Sdn Bhd

Sijil Berkaitan

Pengkelasan Produk FDI