Kerap Tumbuh Jerawat Tanda Anda Mungkin Sedang Mengalami Masalah Kesuburan

Masalah kesuburan berlaku apabila anda masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan walaupun telah melakukan hubungan intim secara kerap dalam tempoh masa 6 bulan hingga 1 tahun bergantung kepada usia anda.

Tanda UTAMA yang menunjukkan anda mempunyai masalah kesuburan ialah anda sukar hamil. Anda mungkin tidak pernah perasan atau mengambil tahu tanda-tanda yang lain yang berlaku pada diri anda, yang menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah kesuburan tersebut.

Antara tanda-tanda awal atau simptom yang menunjukkan anda mungkin sedang menghadapi masalah kesuburan ialah:

 

#1 – Haid Yang Tidak Normal

Pendarahan haid berlaku terlalu banyak atau terlalu sedikit.

#2 – Kitaran Haid Yang Tidak Teratur

Kitaran haid setiap bulan tidak tetap dan sukar dijangka.

#3 – Tidak Datang Haid

Tiba-tiba sahaja anda tidak datang haid atau kitaran haid anda terus terhenti.

#4 – Sakit Teruk Ketika Haid

Sakit yang teruk pada belakang badan, pelvis dan boleh mengakibatkan kekejangan.

#5 – Perubahan Kepada Kulit Wajah dan Tubuh Badan

Wajah ditumbuhi jerawat, rambut mula gugur dan bulu tumbuh di atas bibir, dagu dan dada.

#6 – Perubahan Kepada Tahap Libido

Keinginan anda untuk melakukan hubungan intim semakin berkurangan.

#7 – Pertambahan Berat Badan

Berat badan anda mudah naik mendadak walaupun anda cuba mengawalnya.

 

Antara tanda lain masalah kesuburan ini ialah sentiasa terasa sakit apabila melakukan hubungan intim. Walau bagaimanapun tanda-tanda yang ditunjukkan ini berbeza untuk setiap individu. Anda perlu segera berjumpa doktor jika anda menghadapi simptom-simptom yang disebutkan ini.

Masalah kesuburan ini boleh diatasi, jadi usah malu untuk merujuk masalah anda kepada para doktor pakar sakit puan. Rawatan yang diberikan para doktor termasuklah pembedahan, terapi hormon dan IVF. Semakin cepat anda merawatinya, semakin cepat anda mengatasi masalah kesuburan ini dan peluang anda untuk hamil menjadi lebih tinggi.

 

Inginkan Suplemen Yang Mampu Membantu Meningkatkan Kadar Kesuburan Anda Dengan Lebih Berkesan Secara Semulajadi? Dapatkan Femingra Hari Ini Juga!

  • Femingra™ x 1 Kotak – Percuma Poslaju

    RM169.00 RM150.00 -11%
  • Femingra™ x 2 Kotak – Percuma Poslaju

    RM338.00 RM290.00 -14%
  • Femingra™ x 3 Kotak – Percuma Poslaju

    RM507.00 RM400.00 -21%
0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *