7 Faktor Fizikal Yang Mempengaruhi Kesuburan Wanita

Kadar kesuburan seseorang wanita akan merosot mengikut pertambahan usia mereka. Masalah kesuburan biasanya dihadapi bermula pada usia 35 tahun ke atas dan ada juga yang menghadapinya pada usia muda.

Apabila kadar kesuburan merosot, ini bermakna peluang untuk hamil juga semakin rendah. Agak sukar untuk kita mendapatkan zuriat yang mampu menjadikan kehidupan rumah tangga kita lebih sempurna.

Selain masalah dalaman wanita, terdapat 7 faktor dari segi fizikal yang mendorong masalah kesuburan seseorang wanita.

#1 – Berat Badan (Obesiti atau Terlalu Kurus)

Berat badan yang berlebihan mengakibatkan gangguan hormon dan mengganggu fungsi ovari. Berat badan yang berkurangan pula mengurangkan hormon leptin (hormon yang mengawal kelaparan dan rasa kenyang) yang boleh mengakibatkan kitaran haid tidak datang serta tidak teratur. Ini akan menyebabkan kita sukar hamil.

#2 – Usia

Apabila seseorang wanita menghadapi menopause pada usia 40 an atau 50 an, anda tidak lagi mengovulasi dan tidak mampu untuk hamil lagi. Sebelum menopause berlaku iaitu dalam masa 1-10 tahun (kebiasaan 3-6 tahun sebelum menopause), proses pra-menopause menyebabkan proses ovulasi sudah semakin berkurangan. Peluang untuk hamil pada usia ini semakin rendah.

#3 – Keturunan

Faktor keturunan juga mendorong masalah kesuburan yang anda hadapi. Jika ibu anda menopause lebih awal, anda juga akan menghadapi situasi yang sama. Setiap wanita lahir dengan jumlah telur yang tertentu. Faktor genetik yang menyebabkan anda lahir dengan lebih atau kurang telur dari biasa memungkinkan anda menggunakannya lebih cepat berbanding wanita biasa.

#4 – Gaya Hidup Tidak Sihat

Kita seringkali terlupa bahawa gaya hidup memainkan peranan penting dalam kesuburan kita. Merokok boleh mengganggu hormon dan memusnahkan DNA lelaki dan perempuan. Meminum alkohol pula boleh menyebabkan kegagalan proses ovulasi. Faktor permakanan serta pengambilan ubat-ubatan juga mendorong kepada masalah kesuburan ini.

#5 – Senaman Berlebihan

Kekal sihat dan pastikan berat berada dalam BMI merupakan perkara penting untuk hamil. Tetapi jika kita terlebih bersenam, ia akan menyebabkan impak negatif terhadap proses ovulasi wanita. Terlebih bersenam menyukarkan anda untuk hamil dan ia akan mengakibatkan kitaran haid anda tidak teratur.

#6 – Terlebih Kafein

Beberapa kajian sekolah perubatan telah membuktikan bahawa jika anda ketagihan kepada latte, anda mungkin akan mengalami masalah sukar hamil. Kajian daripada Sekolah Perubatan Nevada, kafein mengganggu kontraksi otot yang membantu telur-telur bergerak dari ovari melalui tiub fallopio ke rahim. Kajian dari Denmark pada tahun 2012 pula menunjukkan bahawa peluang wanita untuk berjaya dalam persenyawaan in-vitro merosot jika anda minum lebih lima cawan kopi setiap hari.

#7 – Terlalu Stress

Seseorang wanita yang mempunyai tahap enzim yang tinggi berkaitan dengan tekanan mempunyai kesukaran untuk hamil. Stress yang berlebihan mampu mengubah tahap hormon anda dan proses ovulasi serta mampu memberikan impak negatif kepada kesihatan dan tubuh badan kita.

 

Jadi untuk mengatasi masalah kesuburan, kita juga perlu mengawal fizikal kita seperti mengawal berat badan dan permakanan, amalkan gaya hidup yang sihat dan hidup lebih tenang selain daripada membuat rawatan untuk menyembuhkan sakit dalaman kita. Barulah kita berpeluang untuk hamil dengan mudah, insyaAllah!

Ingin hamil secara semulajadi dengan mudah tanpa rawatan mahal? Dapatkan Femingra hari ini!

  • Femingra™ x 1 Kotak – Percuma Poslaju

    RM169.00 RM150.00 -11%
  • Femingra™ x 2 Kotak – Percuma Poslaju

    RM338.00 RM290.00 -14%
  • Femingra™ x 3 Kotak – Percuma Poslaju

    RM507.00 RM400.00 -21%

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *