5 Punca UTAMA Masalah Kesuburan Wanita

Memiliki zuriat merupakan impian terbesar setiap pasangan yang berkahwin. Wanita mana yang tidak ingin merasai pengalaman untuk hamil, melahirkan anak dan membesarkan anak-anak mereka. Ia satu pengalaman yang sangat menakjubkan!

Namun begitu, tidak semua pasangan berkahwin berpeluang mendapat anak. Mengikut statistik hari ini, satu dari tujuh pasangan mengalami kesukaran untuk hamil. Kira-kira 45% masalah sukar hamil adalah daripada wanita manakala 30% pula adalah berpunca dari lelaki dan selebihnya berpunca daripada masalah-masalah lain.

Jika anda dan pasangan anda kerap melakukan hubungan intim selama lebih 12 bulan dan masih belum menunjukkan sebarang tanda-tanda hamil, mungkin 5 masalah kesihatan dalaman wanita ini merupakan punca sebenar menghalang anda daripada mengandung.

#1 – Masalah Ovulasi

Punca terjadinya masalah ini ialah masalah hormon yang menyebabkan kegagalan penghasilan telur yang matang, masalah ketumbuhan pada ovari, masalah menopause pra-matang dan masalah folikel. Antara simptom masalah ini ialah tidak datang haid, kitaran haid yang tidak teratur atau haid yang disertai dengan pendarahan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit.

#2 – Sindrom Polikistik Ovari

Masalah ini berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang mengganggu proses ovulasi. Ketika ovulasi, ovari menghasilkan cysts kecil atau blister yang dipanggil folikel dan kebiasaannya setiap folikel yang matang melepaskan telur. Dalam sindrom ini, folikel gagal matang, membentuk sedikit cysts di pinggir ovari dan melepaskan hormon seks lelaki.

#3 – Masalah Tiub Fallopio

Antara penyebab masalah ini ialah terkena jangkitan virus serta bakteria, masalah penyakit dalam perut seperti apendiks dan kolitis, kesan pembedahan lampau terutama kepada pembedahan pelvik atau perut, kehamilan luar rahim serta kecacatan pada tiub fallopio sendiri. Tiub fallopio yang tersumbat menghalang perkembangan telur dan mencegahnya daripada bertemu sperma.

#4 – Masalah Rahim

Telur yang disenyawakan akan ditempatkan di dalam rahim dan masalah rahim boleh menghalang pemindahan ini. Antara 2 penyebab utama masalah rahim ini ialah masalah fibroid ataupun masalah ketumbuhan tumor dalam rahim dan masalah polyps iaitu masalah pertumbuhan yang berlebihan pada lapisan rahim (endometrium) yang berkemungkinan besar menyebabkan fibroid.

#5 – Endometriosis

Ini adalah satu situasi di mana sel-sel dari lapisan rahim (endometrium) berpindah ke bahagian pelvis yang lain. ia mampu merosakkan tiud fallopio dan ovari serta mengubah pergerakan telur dan sperma. Walaupun tiub fallopio dan ovari tidak rosak, ia mampu menjejaskan pergerakan sperma, telur yang dipilih, persenyawaan telur, pertumbuhan embrio dan permindahan.

 

Anda perlu segera berjumpa doktor pakar untuk merujuk masalah kehamilan anda sebelum terlambat. Para doktor akan melakukan diagnosis seperti pemeriksaan fizikal, ujian darah, laparoscopy serta imbasan ultrasound untuk membantu anda mencari punca masalah kesuburan anda.

Ingin hamil secara semulajadi dengan mudah tanpa rawatan mahal? Dapatkan Femingra hari ini!

  • Femingra™ x 1 Kotak – Percuma Poslaju

    RM169.00 RM150.00 -11%
  • Femingra™ x 2 Kotak – Percuma Poslaju

    RM338.00 RM290.00 -14%
  • Femingra™ x 3 Kotak – Percuma Poslaju

    RM507.00 RM400.00 -21%
1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *