3 Langkah Disyorkan Untuk Merawat Kesuburan Secara Semulajadi

Semua pasangan inginkan anak tetapi bukan semua mampu mendapatkannya kerana ada di antara mereka yang mengalami masalah kesuburan. Pada hari ini, masalah kesuburan ini semakin meningkat walaupun semakin banyak rawatan serta ubat-ubatan dihasilkan untuk mengubatinya.

Masalah kesuburan ini sama sahaja seperti penyakit yang lain. Masalah ini menunjukkan bahawa terdapat petanda sesuatu yang tidak lancar dalam tubuh badan kita dan perlu dirawatinya sebelum terlambat. Kesuburan ialah proses semulajadi dalam badan kita, tetapi bila ia tidak berfungsi, kita sukar untuk hamil.

Persoalannya ialah adakah mustahil untuk kita merawat masalah kesuburan ini secara semulajadi dan berpeluang kembali untuk hamil?

Jawapannya, “Ia TIDAK MUSTAHIL

Berikut antara 3 langkah paling mudah untuk anda merawati masalah kesuburan anda secara semulajadi tanpa membuat sebarang rawatan mahal mahupun membeli ubat-ubatan yang belum terbukti berkesan:

#1 – Melalui Pemakanan Seimbang

Ini merupakan langkah terpenting walaupun pada hari ini ianya sering diambil ringan. Ramai yang kurang nutrisi walaupun mempunyai berat badan berlebihan. Badan kita tidak mempunyai zat untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Diet “low-fat, high fiber” bagus untuk turunkan berat badan tetapi ia tidak merawat kesuburan kerana merosakkan protein badan dan menghilangkan lemak yang diperlukan untuk pengeluaran hormon. Ianya langsung tidak baik untuk kesuburan.

Berikut antara cara permakanan yang sesuai untuk meningkatkan kesuburan:

  • Keluarkan bijirin yang telah diproses, makanan segera, pengambilan gula dan kanji daripada diet anda. Makan lebih banyak karbohidrat dari sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan kanji seperti ubi keledek dan labu.
  • Dapatkan protein yang cukup daripada daging, telur dan kekacang. Protein ini juga dapat elakkan komplikasi ketika anda mengandung.
  • Minum air secukupnya agar tubuh badan anda dapat berfungsi dengan lancar.
  • Makan banyak sayuran hijau seperti salad, bayam, brokoli, kubis dan sayuran yang sama jenis dengannya.
  • Makan makanan yang mempunyai lemak yang sihat seperti kelapa, minyak kelapa, zaitun serta minyak zaitun, mentega, daging, kekacang dan avokado.
  • Pastikan tahap insulin anda terkawal walaupun anda berdiet.

Pemakanan yang baik bukan sahaja membantu kesuburan, ia juga terus memberikan nutrisi secukupnya untuk pertumbuhan anak yang belum lahir. Jadi mula kawal permakanan anda hari ini juga untuk merawat masalah kesuburan.

 

#2 – Melalui Gaya Hidup Seimbang

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, ketagihan kepada kafein serta penggunaan ubatan memberikan impak negatif kepada tahap kesuburan anda. Faktor keletihan, kurang atau terlebih bersenam serta terlalu stress juga menyumbang kepada masalah ini.

Anda perlu perbaiki gaya hidup anda untuk meningkat kesuburan. Antara yang boleh anda lakukan ialah:

  • Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
  • Bersenam dengan betul dan selamat untuk tubuh badan anda.
  • Kawal tahap stress anda dan cuba letakkan diri sentiasa dalam situasi bertenang.
  • Jauhkan diri dari bahan-bahan kimia merbahaya.

Dan yang paling penting sekali ialah periksa dan tanyakan sendiri kepada doktor anda sama ada ubat-ubatan yang anda ambil boleh memberikan impak kepada kesuburan anda. Ini kerana banyak ubatan masa kini mampu mengganggu hormon semulajadi tubuh.

 

#3 – Melalui Makanan Tambahan & Herba-Herba Semulajadi

Diet dan perubahan gaya hidup yang lebih sihat mampu membantu tahap kesuburan anda kembali pulih tetapi jika anda mahukan kesan yang lebih cepat, pengambilan suplemen dan herba semulajadi seperti produk Femingra sangatlah berkesan.

Antara suplemen dan herba yang berkesan merawat masalah kesuburan ialah seperti minyak ikan kod, Daun Raspberry Merah, Daun Jelatang, Dandelion, Alfalfa, Clover Merah, Maca dan Buah vitex / chaste berry. Antara vitamin yang anda perlukan untuk memulihkan kesuburan ialah Vitamin D, Vitamin C, Folat, Zink, Selenium dan B-vitamin.

Dengan 3 langkah yang disyorkan di atas, kadar kesuburan anda akan kembali meningkat dan peluang anda untuk hamil akan kembali tinggi. Ubahlah cara pemakanan serta gaya hidup anda ke arah yang lebih sihat dan amalkan pengambilan suplemen serta herba-herba semulajadi untuk memastikan impian anda memiliki zuriat menjadi kenyataan.

 

Inginkan Suplemen Yang Mampu Membantu Meningkatkan Kadar Kesuburan Anda Dengan Lebih Berkesan Secara Semulajadi? Dapatkan Femingra Hari Ini Juga!

  • Femingra™ x 1 Kotak – Percuma Poslaju

    RM169.00 RM150.00 -11%
  • Femingra™ x 2 Kotak – Percuma Poslaju

    RM338.00 RM290.00 -14%
  • Femingra™ x 3 Kotak – Percuma Poslaju

    RM507.00 RM400.00 -21%

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *